Pasukan Petugas yang telah ditubuhkan di bawah seksyen 17 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] untuk menyiasat kedua-dua kematian tersebut adalah dengan terma rujukan (term of reference) berikut:

  1. Untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta 700 oleh pegawai PDRM semasa mengendalikan 2 orang tahanan tersebut.
  2. Sekiranya terdapat salah laku dizahirkan, untuk menentukan dan mengenal pasti:
    • bagaimana dan mengapa salah laku itu terjadi;
    • apakah peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, Standard Operating Procedures (SOP) atau mekanisme yang menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya salah laku tersebut; dan
    • individu yang bertanggungjawab ke atas salah laku tersebut.
  3. Untuk mengesyorkan apa-apa penambahbaikan atau penggubalan semula peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, SOP atau mekanisme bagi memastikan salah laku tersebut tidak berulang.
  4. Untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dalam menyiasat kedua-dua kes kematian tahanan tersebut selaras dengan peruntukan Akta 700.
  5. Untuk menyedia dan mengedarkan laporan mengenai hasil dan dapatan siasatan yang dilakukan.

KEANGGOTAAN PASUKAN PETUGAS

Suruhanjaya memutuskan keanggotaan Pasukan Petugas adalah seperti berikut:

PENUBUHAN PASUKAN PETUGAS DI BAWAH SEKSYEN 17 AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 AKTA 700 BERHUBUNG KEMATIAN SEMASA DALAM JAGAAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Suruhanjaya juga memutuskan agar 2 orang Perunding dilantik untuk membantu Pasukan Petugas ini. Mereka ialah:

  1. Tan Sri Dato' Seri Mohd Jamil Johari, Mantan Timbalan Ketua Polis Negara; dan
  2. Encik Lim Chee Wee, Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.