KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ada menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai sindiket penjualan organ manusia dan perogol bersiri melibatkan individu bernama 'Faris Farhan Akhlaken Ahmad' yang disebarkan di laman-laman sosial.

Penolong Ketua, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, laporan-laporan itu adalah palsu dan pernah disebarkan di media sosial sebelum ini.

Berita-berita palsu ini kini disebarkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat terhadap keselamatan mereka, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata PDRM pada Jun lalu pernah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menegaskan bahawa laporan di laman sosial mengenai sindiket dan perogol bersiri itu adalah palsu semata-mata.

Asmawati menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta membangkitkan keresahan masyarakat.

Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.