KOTA KINABALU -- Hanya pegawai- pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah yang boleh memberikan ceramah dan membuat pendaftaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata orang ramai diminta melaporkan kepada jabatan itu sekiranya diminta membayar pendaftaran GST atau menyertai ceramah GST yang dianjurkan individu, syarikat atau badan bukan kerajaan. "Tidak ada bayaran dikenakan untuk pendaftaran GST. Sekiranya ada yang berbuat demikian, sila laporkan kepada Kastam," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu. Janathan berkata pinya dimaklumkan bahawa ada pihak yang memberi ceramah dan mengenakan bayaran pendaftaran GST, yang berkuat kuasa 1 April tahun depan. Sebelum ini, beliau berkata pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web www.gst.customs.gov.my selain pejabat JKDM Sabah melalui Kiosk Pendaftaran MyGST di beberapa lokasi yang akan diumumkan dari semasa ke semasa. Pada 25 Julai lepas, JKDM meminta syarikat perniagaan dan individu yang menjalankan perniagaan supaya membuat pendaftaran wajib GST sebelum 31 Dis depan bagi mengelak mereka dikenakan tindakan. Sumber : Bernama Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.