Belalang Jalan Riong Bersihkan kastam daripada rasuah

Tahniah kepada SPRM kerana berjaya menumpaskan rasuah membabitkan sindiket penyeludupan arak dan rokok di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang.

Ini satu kejayaan besar SPRM dalam menangani kes rasuah dan membuktikan mereka tidak memilih bulu dalam menegakkan undang-undang negara apabila menahan 12 pegawai kastam, termasuk seorang pengarah kastam negeri.

Biarpun mereka adalah anggota penguat kuasa, mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan rasuah. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.

Mereka yang kita harapkan membanteras penyeludupan sebaliknya bersubahat melakukan jenayah keji itu. Walaupun tindakan itu mencalar imej pasukan penguat kuasa, tindakan tegas itu perlu dilakukan bagi membersihkan imej dan menjaga integriti pasukan kastam.

Perbuatan mereka bukan sahaja menjejaskan imej kastam tetapi juga membahayakan negara.

Sumber : Bernama Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.