Kuala Lumpur: Rombakan besar-besaran membabitkan pertukaran pegawai perikanan di seluruh negara akan bermula 15 September ini sebagai tindakan drastik Jabatan Perikanan menangani kelemahan dalam pengeluaran lesen kepada bot yang sudah diharamkan beroperasi.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmod, berkata rombakan itu akan bermula di wilayah Utara membabitkan beberapa Ketua Perikanan Daerah sebelum menilai pegawai di negeri lain yang sudah lama berkhidmat di sesuatu daerah.

Rombakan itu dijangka turut membabitkan Ketua Perikanan Daerah Langkawi yang didapati melakukan kesalahan mengeluarkan permit operasi kepada lapan bot siput di Kedah, meskipun pekeliling sudah dikeluarkan untuk tidak memperbaharui lesen mereka.

Sumber : Berita Harian Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.