HULU TERENGGANU  - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sejumlah 33,358 kesalahan jalan raya di seluruh negara menerusi Ops Aidilfitri 2014.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, sepanjang operasi itu, yang bermula 21 Julai dan berakhir 5 Ogos, sebanyak 133,144 kenderaan diperiksa dan pihaknya mengambil tindakan ke atas 25,188 kenderaan atas pelbagai kesalahan.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,524 kes tidak memiliki lesen; 8,815 tidak mempunyai cukai jalan dan 7,160 kes dicatatkan di bawah tujuh kesalahan utama seperti tidak memakai topi keledar, memotong di garisan berkembar, memotong di sebelah kiri serta tidak memakai tali pinggang keledar, .

"Sebanyak 4,342 kesalahan teknikal dicatatkan, 554 kesalahan dicatatkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 423 kesalahan dicatatkan di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan lain-lain kesalahan 1,540 kes," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersempena Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Dewan Sivik Ajil hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil serta Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.

Sumber :Utusan Malaysia

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.