Kuala Terengganu: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas 6,750 liter minyak diesel bersubsidi di sebuah stor di Taman Raya, Wakaf Tapai, Marang, semalam. Dalam serbuan oleh sepasukan enam pegawai ke stor berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari itu, menemui 45 tong yang setiap satu mengandungi 150 liter diesel. Pengarah PPDNKK negeri, Syamsul Badrin Mohshin berkata, ketika serbuan dilakukan ada seorang pekerja berusia 30-an di stor itu. 

Syarikat miliki lesen 

Katanya, hasil pemeriksaan syarikat itu memiliki lesen, tetapi mereka didapati menyalahi peraturan apabila menyimpan stok diesel di tempat yang tidak dibenarkan. “Kita akan siasat tujuan diesel ini dipindahkan ke tempat berkenaan dan mengapa tidak di tempat simpanan asalnya di Ajil, Hulu Terengganu.

Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.