KUALA LUMPUR 15 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Op Warta Khas berkuat kuasa esok bagi mengesan pesalah trafik yang masih enggan menyelesaikan waran tangkap mereka di seluruh negara. Berdasarkan rekod, kira-kira 1.9 juta waran tangkap masih belum diselesaikan sehingga kini. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Fuad Abd. Latiff (gambar) berkata, pihaknya akan mengesan pemilik waran tangkap itu, antaranya melalui sekatan jalan raya. "Di negeri-negeri, terpulang kepada polis yang bertanggungjawab dalam Op Warta Khas ini untuk membuat perancangan sendiri. Ini adalah bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan Op Warta Khas dengan lebih berkesan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada 15 Mei lalu, Mohd. Fuad dalam sidang akhbarnya memberitahu, polis akan melancarkan Op Warta Khas secara besar-besaran bagi memburu pesalah trafik ekoran jumlah waran tangkap yang belum diselesaikan masih banyak. Ini kerana, sebanyak 4.2 juta waran tangkap dikeluarkan sejak 10 tahun lalu dan sehingga kini hanya 2.3 juta waran tangkap telah diselesaikan oleh pesalah trafik yang terlibat. Op Warta Khas kali ini juga memberi tumpuan kepada nombor plat kenderaan yang tidak mengikut undang-undang, menggunakan lampu mata arah (beacon light) atau strobe light tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan. Sumber : BERNAMA

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.