KOTA KINABALU 10 Jun - Bagi meningkatkan tahap integriti dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu ujian integriti atau psikometrik akan dilakukan ke atas setiap anggota polis atau rekrut baharu yang akan mengisi jawatan dalam pasukan tersebut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ujian tersebut yang akan dilaksanakan serta - merta bagi pengambilan baharu anggota polis diharap dapat membantu pihak PDRM meningkatkan tahap integriti dalam kalangan anggota. Beliau berkata, langkah awal mewujudkan ujian tersebut dilihat dapat membantu pihak PDRM daripada mengambil individu yang berpotensi melakukan penyelewengan atau terlibat dengan gejala rasuah. "Pihak PDRM mengenal pasti ujian yang sesuai untuk dilakukan ke atas anggota atau rekrut baharu tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat khas bersama pegawai Kontinjen Polis Sabah dan ketua - ketua polis daerah di Esszone berhubung penstrukturan semula PDRM di negeri itu. Se mentara itu, dalam majlis sama, Khalid turut mengumumkan mangsa culik warga Taiwan yang merupakan seorang pengurus syarikat ternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lalu berada dalam keadaan baik dan selamat. Sumber : Utusan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.