Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur merampas produk kecantikan tiruan bernilai hampir RM500,000 dalam operasi serbuan di sebuah pusat beli belah, kelmarin. Serbuan membabitkan enam premis susulan risikan selama sebulan yang dilakukan bahagian penguatkuasa agensi terbabit. Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Rosli Ahmad, berkata semua produk berkenaan dikesan menggunakan jenama terkenal dan dikhuatiri memberi kesan sampingan kepada penggunanya. Jual harga murah “Barangan itu dipercayai dibawa masuk dari luar negara untu k pasaran tempatan pada harga murah bagi menarik pembeli. “Rampasan membabitkan 42,717 unit produk kecantikan menggunakan jenama Shiseido, M.A.C, Bobbi Brown, DKNY dan Tommy Hilfiger, bernilai RM431,715 berdasarkan harga pasaran,” katanya pada sidang medi a di pejabatnya, semalam. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua - duanya. Rosli berkata, pihakn ya akan meneruskan pemantauan dan operasi bagi mencegah penjualan produk tiruan. Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.