Kota Kinabalu: Sebanyak 10,560 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM232,320 termasuk cukai, dirampas dalam serbuan di sebuah kedai di Sinsuran, dekat sini kira - kira jam 10.30 pagi kelmarin. Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah, Datuk Janathan Kandok, berkata rokok berkenaan disimpan dalam beberapa bungkusan plastik hitam yang disorok di siling, dipercayai diseludup dari negara jiran untuk diedarkan di daerah ini. Dalam operasi berasingan, beliau berkata, pihaknya turut menyita kira - kira 30 basikal berkuasa elektrik yang dijual di beberapa premis sekitar bandar raya ini kerana dibawa masuk tanpa permit import (AP) yang di keluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). “Tiga lelaki turut ditahan dengan nilai rampasan dianggarkan RM75,000. Siasatan awal mendapati basikal elektrik itu dijual antara RM1,500 hingga RM2,500,†katanya di sini, semalam. Sumber : Berita Harian
10,560 bungkus rokok dirampas
- Butiran
- 570