PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membe rkas 12 awak - awak warga Indonesia dalam operasi 'Ops Redback' selama empat hari bermula Isnin lalu, di sekitar perairan Sungai Besar dan Pulau Ketam. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah (KPMD) Klang, Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan, berkata awak - awak yang berusia lingkungan 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah. "Sepanjang operasi ini, kita memeriksa 38 bot nelayan tempatan dan empat daripada bot itu didapati melakukan kesalahan kerana menggaji warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah," katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah Maritim Pelabuhan Klang, hari ini. Beliau berkata, semua awak - awak itu kini ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dikenakan sebarang tindakan undang - undang. "Kes ini akan dirujuk mengikut Akta Perikanan dan pemilik bot boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500 sehingga RM20,000 sekiranya sabit kesalahan," katanya. Beliau berkata, operasi itu membabitkan lima aset APMM termasuk tiga buah bot dengan kekuatan 60 anggota. Sumber : Berita Harian
APMM tahan 12 awak - awak Indonesia dalam Ops Redback
- Butiran
- 614