SEREMBAN, 14 Mei (Bernama) -- Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan merampas 15,000 liter diesel bersubsidi bern ilai RM30,000 dalam serbuan di sebuah stor berhampiran Taman Angsamas, dekat sini, Rabu. Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK negeri, Saiful Abdul Kadir berkata dalam serbuan 3.30 petang itu pihaknya menyita dua tangki statik, sebuah lori tangki, sebuah lor i kanvas satu tan dan enam pam minyak dengan nilai keseluruhan RM105,000. "Ini kesalahan kedua dilakukan di tempat sama, iaitu tahun lepas kami telah mengambil tindakan ke atas premis ini. Mereka tidak serik mengulangi kegiatan ini kerana permintaan tingg i terhadap diesel bersubsidi," katanya dalam sidang media di lokasi serbuan. Beliau berkata ketika serbuan, terdapat tiga individu dipercayai pekerja di premis itu namun kesemua mereka melarikan diri ke dalam semak kawasan berhampiran sebaik menyedari keh adiran pihak berkuasa. Menurut Saiful, pihaknya percaya penjenayah terbabit mengambil diesel dari stesen minyak sekitar Seremban dan disimpan di stor itu sebelum diedar kepada pihak ketiga. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntuk kan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua - duanya bagi individu dan denda tidak melebihi RM250,000 ke atas syarikat. Sumber : BERNAMA
PPDNKK NS Rampas Diesel Bersubsidi Bernilai RM30,000
- Butiran
- 572