KOTA BHARU 24 April - Pengasas Pondok Genting Tumpat, Abdullah Sa’amah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang merakam dan menyebarkan video beliau disaman dalam laman sosial sejak bulan lalu. Abdullah berkata, tindakan itu wajar kerana perbuatan anggota terbabit telah menjatuhkan maruahnya dan seolah - olah sengaja ingin memalukan dirinya selain mencemar imejnya sebagai seorang tokoh agama di negeri ini. Selain itu, katanya, tindakan anggota te rbabit juga telah mencemar imej serta merosakkan integriti agensi kerajaan yang selama ini begitu dihormati. “Saya berharap dengan tindakan tegas yang diambil itu akan memberi pengajaran kepada anggota tersebut dan kakitangan lain supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (IMPAK) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada JPJ negeri berhubung penyebaran video rakaman Abdul lah yang disaman anggota agensi tersebut dalam laman sosial. Sejak 13 Mac lalu, telah tersebar video Tok Guru Abdullah Samah Pondok Genting Tumpat Kena Saman JPJ dan Ulama Umno Ilmu RM2 Juta Kena Saman dalam laman YouTube. Sementara itu, ketika diminta m enceritakan kembali kejadian tersebut, Abdullah memberitahu, beliau sama sekali tidak menyedari bahawa kejadian itu dirakam. Beliau hanya menyedari beberapa orang anggota JPJ memegang telefon bimbit masing - masing dan seolah - olah sedang berbuat sesuatu ket ika itu. “ Saya hanya mengetahui kewujudan video tersebut di laman sosial setelah dimaklum oleh anaknya ketika sampai di rumah pada hari kejadian. “ Apabila membaca komen - komen yang ditulis pada video terbabit yang banyak berbaur negatif jelas telah memalu kan saya dan keluarga. “Anggota tersebut sepatutnya hanya mengambil tindakan saman kerana sememangnya saya bersalah kerana cukai jalan telah tamat tempoh dan bukannya sengaja memalukan saya dengan tindakan tidak bermoral itu," katanya. Sumber : Utusan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.