Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata, kewujudan pusat sehenti tersebut merupakan pendekatan Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara agensi kementerian itu bagi mempercepatkan urusan orang ramai khususnya dalam kalangan para peniaga.
Katanya, menerusi pendekatan berkenaan, orang ramai boleh meÂlakukan urusan pembaharuan lesen di cawangan Bank Rakyat berhampiran tanpa pergi ke agensi-agensi di bawah kementerian.
“Antara pembaharuan lesen yang sering kali dilakukan oleh orang raÂmai antaranya melibatkan lesen perÂniagaan, lesen timbang dan sukat serÂta lesen syarikat jualan langsung,
“Walau bagaimanapun, usaha ini hanya melibatkan urusan pembaharuan lesen. Proses permohonan tetap perlu dibuat di agensi-agensi yang mengeluarkan lesen tersebut,†katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama peneraju industri, di sini hari ini.
Yang hadir sama, timbalannya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad.
Sementara itu, Hamzah memberitahu, pihaknya akan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) terhadap maklum balas daripada pelbagai pihak supaya peÂngurusan kementerian termasuk beliau sendiri peka dan segera menÂjawab isu serta pandangan yang dikemukakan.
Katanya, kementerian dan agensi kerajaan sering kali menerima tohmahan negatif kerana lambat memberi maklum balas berhubung sesuatu isu yang membabitkan kepentingan orang ramai.
“Saya tidak mahu selepas ini kementerian menerima persepsi negatif hanya kerana lambat menjawab pandangan yang diutarakan,†katanya.
Dalam pada itu, Hamzah memberiÂtahu, beliau sentiasa terbuka menerima pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak khususnya peneraju industri terhadap segala permasalahan di kementeriannya.
Sumber : Utusan Online