MUKADIMAH : Walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi membanteras pusat mesin judi internet, namun ia bagaikan ‘mencurahkan air ke daun keladi’ apabila pengusaha kegiatan itu seperti tidak serik, malah kini kembali aktif hampir di seluruh negara.

Persoalannya, kenapakah ketegasan pihak polis membanteras kegiatan itu seolah-olah tidak menggentarkan sindiket yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dalam sehari itu? Di manakah silapnya? Apakah ia harus dipertanggungjawabkan kepada pihak polis sahaja? Dalam laporan khas kali ini wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, MOHAMMAD YASIR JAAFAR, SITI ROHAIZAH ZAINAL dan LILIS SURIANI OMAR mendedahkan mengenai operasi judi haram yang kembali aktif. Turut dipaparkan pandangan pelbagai pihak yang mahukan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lepas tangan dalam menangani gejala tersebut.

‘Terus kebal’ mungkin itulah perkataan paling sesuai bagi merujuk kepada kegiatan judi haram yang masih berleluasa hampir di seluruh negara.

Berdasarkan maklumat dan tinjauan Mingguan Malaysia terbukti tindakan tegas khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak menggentarkan sindiket. Mereka hanya menghentikan operasi sementara sahaja sebelum meneruskannya apabila isu reda.

Difahamkan, sindiket menggunakan pelbagai kaedah dan taktik bagi memastikan kegiatan yang boleh merosakkan masyarakat khususnya orang Melayu itu terus beroperasi.
Apa mengejutkan, ada di sesetengah kawasan terdapat lebih daripada premis judi haram seolah-olah mereka `kebal’ daripada tindakan undang-undang.

Apa yang mengecewakan, sikap sambil lewa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terus mengamalkan sindrom ‘bangau oh bangau’ telah menyebabkan sindiket perjudian terus menjalankan perbuatan itu di premis-premis perniagaan.

Sumber memberitahu, walaupun siasatan dan serbuan dilakukan oleh pihak polis mengesahkan sesebuah premis itu terlibat dengan perjudian haram, namun PBT tidak mengambil tindakan menyita atau merampas premis tersebut. Berikutan itu sebahagian besar premis terlibat kembali beroperasi.

Sumber tersebut turut menegaskan, sindiket judi tidak akan menghentikan kegiatan mereka memandangkan ia mendatangkan keuntungan berjuta-juta ringgit dalam sehari.

“Tiada gunanya polis terus mela­kukan serbuan demi serbuan, kalau PBT seolah-olah lepas tangan untuk melakukan penguatkuasaan. Apabila ditanya kepada PBT, mereka menjawab ia di bawah bidang kuasa polis sedangkan PBT ada kuasa untuk merampas dan menyita sesebuah premis,’’ kata sumber itu lagi.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.