MUKADIMAH Salah seorang ahli politik yang aktif membanteras kegiatan judi haram ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau menegaskan, judi haram tidak boleh dibiarkan dan harus dihapuskan habis-habisan oleh pihak berwajib kerana ia merosakkan kehidupan rakyat, terutamanya orang Melayu. Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, beliau mendedahkan bahaya kegiatan haram itu dan bagaimana untuk membanterasnya:
PUNCA:
Kegiatan ini adalah ‘salinan’ daripada semua aktiviti perjudian yang ditawarkan di kasino seperti Genting Highlands, Pahang. Jenis- jenis judi ini kemudian ‘diciplak’ oleh sindiket dalam bentuk judi melalui komputer dan dibawa masuk ke kawasan penempatan masyarakat khususnya orang Melayu.
SASARAN:
‘Internet kasino’ ini bertujuan mengaut keuntungan daripada penjudi golongan bawahan dan berpendapatan rendah terutamanya orang Melayu yang dilarang memasuki kasino sebenar.
ANCAMAN:
- Memecahkan institusi keluarga.
- Menyumbang jenayah kecil seperti mencuri dan pecah rumah.
- Terperangkap hutang dengan Ah Long.
- Penggunaan khidmat kongsi gelap untuk jaga premis perjudian.
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB:
- Polis
- Pihak berkuasa tempatan.
- Pihak berkuasa utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan syarikat air.
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).
PENGUATKUASAAN:
- SKMM pantau, mengawal dan sekat perisian perjudian.
- PBT perlu hentikan kelulusan sebarang bentuk lesen pusat hiburan kanak-kanak dalam bangunan, pusat hiburan keluarga, pusat snuker dan kafe Internet khususnya di kawasan penempatan penduduk. Kebanyakan lesen-lesen ini telah disalah guna.
- PBT harus bekukan kebenaran pembaharui lesen kedua-dua pusat tersebut.
- Sebarang permohonan lesen baharu perlu dirujuk kepada wakil rakyat setempat bagi mendapatkan cadangan dan kebenaran.
- Mana-mana premis pusat snuker atau kafe siber sedia ada tidak boleh menggunakan cermin gelap, pintu premis tidak boleh tertutup dan lampu di dalam premis mesti sentiasa dipasang.
HUKUMAN:
- Penjara dan denda kepada pemilik premis yang menyewa kepada operator judi.
- Rampas bangunan yang dijadikan premis perjudian jika masih berdegil.
- Syarikat utiliti perlu sekat semua kemudahan asas seperti air dan elektrik kedalam premis.
- Penjudi yang ditangkap dikenakan hukuman penjara minimum 3 bulan.
Sumber : Utusan Online