PUTRAJAYA 22 Julai - Cadangan penggubalan Rang UnÂdang-Undang Keharmonian Nasional adalah tepat pada masaÂnya terutama bagi menjaga dan memelihara perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum serta bangsa selain menjamin keamanan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, rang undang-undang tersebut merupakan antara satu usaha kerajaan yang bertujuan memupuk persefahaman serta menyemai sikap saling hormati-menghormati antara masyarakat yang hidup dalam suasana berbeza etnik dan kepercayaan.
“Rang undang-undang ini diÂgubal menerusi rundingan antara pelbagai pihak berkepentingan yang bermatlamat untuk memelihara keamanan dan perpaduan melalui pendidikan, amalan kesederhanaan dan perbincangan.
“Ini merupakan langkah pertama bagi mencapai perpaduan dan keamanan menerusi ruang perbincangan secara terbuka,†katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam ketika meÂninjau Plaza Low Yat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, insiden yang berlaku di lokasi itu baru-baru ini menunjukkan Akta Keharmonian Nasional relevan untuk mengekang isu-isu perkauman dan agama di Malaysia.
Baru-baru ini berlaku insiden pergaduhan di plaza berkenaan selepas seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap oleh pekerja sebuah kedai menjual alat komunikasi kerana didakwa mencuri sebuah telefon bimbit berharga RM800.
Bagaimanapun pada keesokannya, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggembar-gemburkan insiden itu dengan menghantar maklumat berbaur perkauman melalui media sosial sehingga mencetuskan rusuhan.
Dalam perkembangan berkaitan, Seng Kuan berkata, perpaduan serta keharmonian merupakan kunci kemajuan sesebuah negara dan tanpa kedua-duanya, Malaysia tidak boleh mengecapi kestabilan seperti hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyokong kenyataan Kurup yang menegaskan bahawa penggubalan rang undang-undang itu tepat pada masanya bagi menangani isu-isu perkauman khususnya ekoran daripada insiden Plaza Low Yat yang dicetus akibat perbuatan lain sehingga membawa kepada bibit perkauman.
“Kita tidak mahu isu seperti ini dibenarkan berlaku lagi pada masa akan datang. Sikap menanam kebencian, keganasan dan ketaksuban tidak akan sesekali dibenarkan. Sehubungan itu rang undang-undang ini perlu untuk mengukuhkan perpaduan negara
“Perpaduan muncul dalam kalangan kita sendiri dan bukannya dari luar. Oleh itu, cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Keharmanonian Nasional merupakan sebahagian daripadanya,†ujar beliau lagi.
Sumber : Utusan Online