KOTA KINABALU, 1 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) meningkatkan integriti dan membanteras rasuah dalam kalangan kakitangan awam, khususnya di bahagian penguatkuasaan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya memandang serius masalah melibatkan integriti, dan bertekad membersihkan jentera awam bahagian penguatkuasaan ESSZone daripada masalah itu.
"SPRM bersedia membantu meningkatkan integriti seterusnya membanteras rasuah dan berharap penguatkuasaan tegas mampu mengatasi permasalahan tersebut.
"Ini juga bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara tidak dikompromi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Timbalan Pengarah Perisikan ESSCom ASP Hashim Justin berkata pihaknya dengan kerjasama SPRM akan melancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras masalah integriti dalam kalangan kakitangan awam, khususnya di bahagian penguatkuasaan ESSZone.
Mohd Shukri yang menyambut baik saranan Hashim itu, turut memaklumkan SPRM telah mengambil langkah menempatkan pegawai di kawasan Lahad Datu, dengan harapan ia menyumbang kepada usaha mencegah dan membanteras rasuah dalam jangka panjang.
-- BERNAMA

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.