KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan menyasarkan kutipan hasil pada tahun ini meniÂngkat kepada RM14 bilion berbanding RM11.8 bilion sepanjang tahun lalu.
Pengarahnya, Abd. Gani Othman berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut mampu dicapai memandangkan kutipan merangkumi pelbagai cukai seperti duti eksais, duti import serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Menurutnya, hasil kutipan pendapatan tahun lalu adalah lebih baik berbanding pada tahun 2013, iaitu sebanyak RM11.3 bilion yang berjaya dikutip Kastam bagi Wilayah Persekutuan.
“Jumlah ini termasuk pengutipan hasil sebanyak RM7 bilion daripada GST manakala jumlah selebihnya daripada cukai dan duti lain.
“JKDM perlu bekerja lebih keras bagi merealisasikan sasaran ini dan saya berharap kesemua anggota akan melakukan tugas dengan sebaik mungkin,†katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pematuhan, Datuk Razif Ratha Abdullah.
Abd. Gani menambah, bagi mengecapi sasaran tersebut, bahagian pengauditan diwujudkan untuk memastikan hasil kutipan pendapatan berjalan lancar.
“Unit itu yang dikenali sebagai ‘GST Fraud Unit’ akan memfokuskan terhadap isu serta permasalahan berkaitan sistem cukai berÂkenaan secara lebih komprehensif.
“Sebanyak 100 anggota baharu direkrut dalam Unit GST bagi tugas mengaudit cukai tersebut untuk memastikan tenaga kerja diperlukan mencukupi,†ujarnya.
Sumber : Utusan Online