PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan penguÂatkuasaan diteruskan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri dan melakukan kerja-kerja penerokaan di CameÂron Highlands.
Muhyiddin berkata, tindakan perlu dikenakan terhadap mereka sama ada yang meneroka tanah secara haram atau bekerja di destinasi peranginan tersebut.
“Setakat ini hampir 800 PATI telah ditahan dan tindakan undang-undang turut diambil ke atas mereka,†katanya kepada pembeÂrita selepas mempengerusikan meÂsyuarat mengenai isu Cameron Highlands, di sini hari ini.
Muhyiddin pada 9 November lalu telah mengarahkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan dilancarkan bagi memastikan peneroka haram termasuk PATI di Cameron Highlands dikenakan tindakan tegas.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pihak berkuasa telah berjaya membersihkan kira-kira 7.8 peratus atau kira-kira 177 hektar daripada 2,258 hektar tanah di Cameron Highlands yang dikenal pasti diceroboh oleh peneroka haram.
Dalam perkembangan berÂkaiÂtan, Muhyiddin berkata, kerajaan negeri Pahang bercadang memberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada penduduk yang sudah lama mengusahakan kebun di Cameron Highlands.
Beliau berkata, kerajaan negeri Pahang telah memaklumkan bahawa sesetengah pengusaha kebun buah-buahan dan sayur-sayuran telah mengerjakan tanah selama 40 tahun mungkin layak menerima TOL walaupun permohonan mereka gagal sebelum ini atas pelbagai sebab.
“Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sudah memberi jaminan bahawa hal ini (pengeluaran TOL) akan dipertimbangkan dalam tempoh sebulan iaitu sehingga akhir bulan Februari.
“Sementara kerajaan negeri mempertimbangkan pengeluaran TOL, kita akan meneruskan kerja-kerja pembersihan tanaman di kawasan yang diceroboh secara haÂram,†katanya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan akan membantu aktiviti penguatkuasaan di CameÂron Highlands dengan menyediakan aset seperti jentolak bagi digunakan untuk membersihkan kebun-kebun yang diusahakan secara haram.
“Penyediaan aset ini bertujuan meningkatkan keberkesanan dalam tindakan penguatkuasaan, sebahagian kos akan dibiayai menerusi Tabung Majlis Keselamatan Negara,†katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah ditugaskan untuk meneliti semula pelan pembangunan di Cameron Highlands bagi memastikan kelestarian pusat peranginan itu untuk jangka panjang.
“Pelan akan disiapkan dalam tempoh enam bulan supaya tindakan susulan boleh diambil untuk menambah baik, memulih serta mencantikkan kawasan Cameron Highlands,†katanya.
Sumber : Utusan Online