Kastam menyamar dalam operasi jejak restoran tipu GST

PETALING JAYA: Kastam akan memburu dan mengambil tindakan terhadap pengusaha perniagaan makanan yang cuba sorokkan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada kerajaan, dalam satu operasi jangka panjang mulai September hingga hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata pihaknya mengatur penyamar untuk menjejaki restoran yang tidak beri penyata GST kepada pelanggan.

“Daftar tidak keluarkan resit adalah menjadi satu kesalahan. Ini kerana kutip wang daripada orang awam tetapi tidak diberikan kepada kerajaan,” katanya kepada FMT.

Pada 6 September, Restoran Nasi Kandar Line Clear yang tersohor di Pulau Pinang diserbu pegawai kastam ekoran aduan daripada pengguna.

Pegawai kastam yang berpakaian biasa menyamar sebagai pelanggan dan membuat pemerhatian untuk mengenal pasti sama ada pelanggan diberikan invois cukai atau tidak.

Penolong Pengarah Kastam Pulau Pinang (Unit Pengesanan Registran, GST) Mohd Imran Mohd Roslan berkata pegawainya pergi ke restoran itu selepas menerima aduan yang resit tidak diberikan selepas membuat bayaran.

Ia bukan kes pertama membabitkan restoran terlibat kesalahan berkait GST.

Sebelum ini restoran Hameed Corner di Seksyen 16, Shah Alam menjadi premis perniagaan yang pertama dihadapkan ke mahkamah atas kesalahaan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, sejak ia dilaksanakan pada 1 April lalu.

Restoran itu didakwa mengeluarkan 2,000 invois yang tidak mengandungi maklumat yang ditetapkan kepada pelanggannya antara 7 hingga 11 April.

Khazali berkata puluhan pengusaha restoran dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan berkaitan pengeluaran penyata cukai.

Beliau menyeru pengguna melaporkan terus sebarang keraguan kepada pihaknya.

Sumber : Free Malaysia Today

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.