Imigresen Sabah kesan PATI guna pasport kosong

Sesetengah PATI didapati memiliki pasport yang betul, tetapi tiada rekod pasport itu didaftar keluar atau masuk negara ini. - Gambar hiasan

TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan 'pasport kosong' iaitu pasport yang dikeluarkan kedutaan atau konsulat masing-masing, tetapi tiada rekod pasport itu didaftar keluar atau masuk negara ini dengan jabatan itu. Pengarah Imigresen Negeri Musa Sulaiman berkata walaupun kes berkenaan tidak begitu serius di negeri ini, namun jabatan itu tidak akan memandang remeh perkara itu. "Ada juga majikan yang menggaji pekerja asing yang menggunakan pasport kosong ini yang dikeluarkan oleh kedutaan atau konsulat mereka, tetapi tidak masuk ke negara ini secara sah. Jabatan Imigresen Sabah tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang atau mengganggu kedaulatan negara, termasuk penggunaan pasport kosong," katanya pada majlis Dialog Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dengan Persatuan Cina Tawau di sini.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.