SHAH ALAM 25 Okt. - Institusi pendidikan di negara ini termasuk sekolah-sekolah vernakular perlu melaksanakan semula pengajaran sebutan bahasa Malaysia yang betul bagi memastikan para pelajar fasih serta menguasai bahasa kebangsaan itu dengan baik.

Perkara itu dinyatakan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang menyifatkan usaha tersebut harus diambil perhatian serta tanggungjawab penuh oleh semua pihak bagi memperkasakan bahasa itu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana katanya, penegasan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah baru-baru ini yang menitahkan sekolah vernakular supaya menghasilkan pelajar yang mampu menguasai bahasa Malaysia disifatkan sebagai satu peringatan kepada semua rakyat mengenai salah satu perkara yang terkandung dalam wasiat raja-raja Melayu yang diperturunkan sejak ta­hun 1956.

“Saya merasakan ba­hawa kita tidak lagi perlu tunggu tuanku untuk ingatkan balik mengenai kepentingan memartabatkan ke­du­­dukan bahasa Malaysia. Sebaliknya, kita sendiri harus bangkit.

“Tapi entah bagai­mana budaya pinjam bahasa asing, budaya 'rojak' bahasa berleluasa. Justeru, pada hemat saya, pengajaran sebutan bahasa Malaysia harus dikemukakan semula kerana sekarang ini aspek sebutan tidak diajar dengan baik di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Makanan Warisan 2017 di Intekma Resort & Konvensyen Centre di sini hari ini.

Isnin lalu, Sultan Nazrin menitahkan sekolah vernakular wajib menghargai dasar terbuka kerajaan yang membenarkan sekolah jenis itu beroperasi dengan menghasilkan pelajar yang fasih dan menguasai bahasa Malaysia.

Malah, baginda turut menitahkan supaya penguasaan pelajar dalam bahasa kebangsaan itu perlu dijadikan salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) sekolah vernakular.

Dalam perkembangan lain Rais, turut berharap kerajaan dapat menyediakan bajet khusus dalam mempromosikan makanan warisan negara ini yang mampu dikomersialkan di peringkat antarabangsa.

“Sekiranya kita tidak ada langkah positif ke arah itu, kita akan ke­tinggalan oleh pihak-pihak tertentu (budaya lain),” ujarnya.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.