SUNGAI PETANI 23 Julai - Polis Kedah mempergiatkan usaha memburu anggota kongsi gelap Geng 04 dipercayai mengugut pihaknya dengan membaling bom petrol ke arah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, polis tidak akan bertolak ansur dengan tindakan anggota kumpulan itu yang dilihat mencabar tugas pasukan keselamatan negara.

Tambahnya, polis tidak gentar dengan ugutan tersebut dan menasihatkan agar saki baki anggota kumpulan itu segera menyerah diri.

“Setakat ini, 17 anggota kumpulan itu ditangkap, termasuk seorang wanita dan sembilan orang lagi diminta menyerah diri.

“Mereka banyak terlibat dalam kegiatan kes dadah, samun, ugut dan sebagainya dan tidak boleh dibiarkan, jika gagal menyerah diri, polis mahu menangkap mereka dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ekoran kejadian melempar bom petrol di pagar IPD Kuala Muda di sini kira-kira pukul 3.35 pagi semalam.

Asri berkata, petugas yang mengawal kemudian membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan mendapati ada kesan kebakaran kecil di atas tar di situ selain menemukan sehelai kain berwarna putih bertulis angka 04 dengan tulisan warna merah, biru dan hitam berbaur ugutan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya, orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, boleh menyalurkan terus kepada polis melalui talian 04-4299222,” kata Asri.

source :  Utusan Online 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.