BUTTERWORTH 22 Julai – Kejadian memandu secara lawan arus di Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) di negeri ini berulang lagi apabila seorang peniaga bertindak demikian dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Akibat tindakan berbahaya itu, lima buah kereta lain dilanggar selain terbabas kerana mahu mengelak kenderaan lelaki tersebut.

Dalam pada itu, keadaan cemas itu turut mengakibatkan seorang pengguna lebuh raya, Naim Halidan, 30, maut akibat terjatuh ke dalam longkang selepas dia memberhentikan kenderaannya untuk menyaksikan kejadian berke­naan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, kejadian itu berlaku apabila suspek yang memandu kereta jenis Volkswagen dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah dari arah Butterworth berpatah balik ketika tiba di Kilometer 116, berhampiran Kepala Batas di sini.

Katanya, tindakan itu menyebabkan kereta mangsa pertama yang berada di belakang­nya mengelak ke kanan sebelum dilanggar oleh kereta mangsa ke­dua lalu terbabas.

“Sejurus itu, kereta mangsa ketiga merempuh kereta kedua yang terbabas itu manakala suspek berusia 31 tahun itu terus memandu sehingga lapan kilome­ter sebelum bertembung dengan ke­reta mangsa keempat,” katanya di sini hari ini.

Azmi memberitahu, rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa keempat berpusing sebelum dilanggar oleh kereta mangsa kelima yang dipandu oleh seorang guru.

“Lelaki yang memandu secara lawan arus itu patah tangan dan dirawat di sebuah hospital swasta.

Polis akan menjalankan ujian alkohol dan dadah terhadapnya,” katanya.

Beliau memberitahu, pemandu kereta kelima yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun turut mengalami kecederaan pada tangan kiri namun masih belum membuat laporan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan berbahaya.

Pada 14 Mac lalu, tindakan seorang wanita memandu secara lawan arus di lebuh raya sama berhampiran Permatang Pauh meragut nyawa seorang jurutera kilang.

ang turut tular dan mendapat kecaman orang ramai.

Source : Utusan Mail

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.