EAIC probing into the death of a detainee

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang menjalankan siasatan secara berasingan berhubung kes seorang tahanan ditemukan dalam keadaan tergantung di lokap Balai Polis Selama, Perak pada 17 Mac lepas. Pengerusi EAIC Datuk A Aziz A Rahim dalam kenyataan hari ini berkata suruhanjaya itu telah mengambil keterangan yang sewajarnya serta dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan dapatan kes akan diumumkan setelah selesai. "Sekiranya terdapat syor-syor berkaitan, ia akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa tatatertib Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia untuk penambahbaikan selanjutnya," katanya. A Aziz menegaskan setiap siasatan yang dijalankan EAIC adalah bebas, telus dan profesional berdasarkan kuasa penyiasatan yang diperuntukkan menerusi Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700). Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa berumur 39 tahun yang juga orang kena tahan (OKT) mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 ditemukan meninggal dunia oleh dua anggota polis bertugas dalam keadaan tergantung di dalam lokap.
Sumber:  BERNAMA 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.