Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan melalui Mesyuarat Ahli-ahli Suruhanjaya pada 28 Mei 2013 telah memutuskan bahawa selaras dengan fungsinya di bawah Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] dan demi kepentingan awam, suatu penyiasatan di bawah Seksyen 28 Akta 700 hendaklah dimulakan ke atas kematian 2 orang tahanan semasa berada dalam jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Siasatan akan dibuat ke atas kematian N. Dharmendran yang meninggal dunia pada 21 Mei 2013 dan R. Jamesh Ramesh yang meninggal dunia pada 26 Mei 2013.

Untuk itu satu Pasukan Petugas (task force) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 17 Akta 700 untuk menyiasat kedua-dua kematian tersebut yang diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd Yusof. 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.