196 warga asing ditahan dalam operasi di SPT

ANGGOTA RELA turut membantu dalam operasi yang dijalankan membabitkan penahanan 196 warga asing dalam Ops Bersepadu di sekitar Seberang Perai Tengah awal hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 196 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam empat serbuan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) awal hari ini.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 144 warga Myanmar termasuk tiga kanak-kanak dan empat wanita, Nepal (25), Bangladesh (19), Indonesia (enam) dan dua wanita Vietnam.

"Kesemua mereka gagal menunjukkan menunjukkan dokumen perjalanan yang sah, tidak mempunyai permit bekerja atau tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua warga asing berusia antara sembilan dan 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut.

196 warga asing ditahan dalam operasi di SPT 2

SEORANG warga Myanmar cedera di kaki selepas cubaan melarikan diri gagal ketika pihak polis melakukan serbuan di Jalan Baru Perai dalam Ops Bersepadu di sekitar Seberang Perai Tengah awal hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar

Operasi bersepadu selama tujuh jam itu berakhir 5 pagi tadi melibatkan 109 pegawai dan 825 anggota, yang memberi tumpuan kepada memantau kegiatan warga asing bagi menangani kes jenayah membabitkan golongan itu.

Rusli berkata, selain itu, sebanyak 1,956 kenderaan diperiksa meliputi 841 motosikal, 259 kereta, 19 van manakala selebihnya ialah lori dan bas melibatkan 1,403 pemandu serta penumpang.

Sejumlah 77 notis saman POL 257 dan 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu melebihi had laju, meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan dan tiada lesen memandu. - BERNAMA

Sumber - Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.