ALOR SETAR: Seorang lelaki disyaki suspek yang menikam dua beranak selepas menceroboh sebuah rumah di Kuala Kedah, di sini, baru-baru ini ditahan awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan pihaknya kira-kira jam 1.30 pagi di Kampung Telok Kechai, dekat Jalan Kuala Kedah, di sini, untuk siasatan berkaitan kejadian berlaku Khamis lalu.

"Ketika ditangkap, pihak kami turut merampas sebilah pisau yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan dan suspek kini direman sehingga 27 Disember ini untuk siasatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi awal pagi Khamis lalu, dua beranak parah ditikam seorang lelaki yang menceroboh rumah mereka di Taman Harapan di Kuala Kedah.

Mangsa seorang ibu berusia 45 tahun dan anak perempuannya, 22, yang masing-masing mengalami luka akibat dikelar dan ditikam dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 459 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.