Polis tahan dua lelaki Afrika terbabit kes tipu di Pulau Pinang

ANGGOTA Polis memeriksa kenderaan yang dinaiki suspek selepas terbabas dan melanggar kenderaan lain di hadapan sebuah pasar raya di Kepong, malam tadi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Afrika, yang diburu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Daerah Seberang Perai Utara kerana terbabit dengan kes penipuan di Pulau Pinang, ditahan di Kepong di sini, malam tadi.

Kedua-dua suspek ditahan polis selepas gagal melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta di hadapan sebuah pasar raya di Kepong, kata Ketua Polis Daerah Sentul R.Munusamy.

"Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, polis terpaksa melepaskan tiga tembakan ke arah tayar kereta Perodua Myvi yang dinaiki suspek setelah kereta itu cuba melanggar anggota polis yang mahu menahan mereka.

"Akibatnya, kereta dinaiki suspek terbabas lalu melanggar tiga lagi kenderaan lain yang diparkir di kawasan pasar raya itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Kepong untuk siasatan lanjut.

Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.