Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini kementeriannya tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara itu, namun akan memastikan Maritim Malaysia berhubung dengan pihak penguatkuasaan Indonesia.

“Kementerian meminta bantuan Maritim Malaysia kerana agensi itu memiliki hubungan lebih baik dengan pihak penguatkuasaan Indonesia. Jika benar seperti dilaporkan, kita (kerajaan) pasti menerima laporan tersebut,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan berita Reuters yang menyatakan Indonesia menahan 200 nelayan Malaysia yang menangkap ikan secara haram di perairannya ketika negara itu berusaha membendung kerugian ekonomi.

Tambah Ismail Sabri, pihaknya dalam masa sama mengarahkan pegawai kementerian untuk menyiasat tentang kesahihan tangkapan tersebut.

“Setakat ini kita menunggu laporan kesahihan berita tu. Kita juga perlu tahu siapa dan mengapa mereka ditangkap,” ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia