LABUAN -- Anggota polis perlu menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka meyelesaikan pelbagai kes dengan berkesan, terutama yang melibatkan warga asing, kata Ketua Polis Kontinjen Sabah SAC Mohamad Mat Yusop. Beliau berkata anggota polis perlu menerima hakikat bahawa untuk bertugas dengan berkesan, mereka perlu cekap menggunakan bahasa Inggeris. "Suka atau tidak, setiap anggota polis perlu berusaha menguasai bahasa itu. Kita perlu banyak berusaha, termasuk mengadakan kursus tambahan seperti komunikasi dalam bahasa Ingeris supaya mereka dapat bertutur, berani dan yakin apabila menggunakan bahasa itu," katanya pada majlis penutupan Kursus Bahasa Inggeris untuk 40 anggota polis di sini pada Rabu. Beliau berkata Labuan adalah antara negeri yang mempunyai banyak ekspatriat dan peniaga asing yang manguasai bahasa Inggeris. "Penggunaannya secara meluas dalam semua aspek kehidupan dan di tempat kerja tidak boleh dipertikai," katanya. Mohammad berkata Labuan juga semakin berkembang sebagai pusat minyak dan gas serta kewangan, yang menempatkan beberapa institusi kewangan antarabangsa dan syarikat minyak dan gas. "Ini menjadikan Labuan terkenal di peringkat antarabangsa dan berikutan kedudukan itu, peranan pasukan polis yang memiliki kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di pulau bebas cukai ini, sangat penting," katanya.

Sumber : Bernama
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.