Anggota polis di setiap jabatan agama negeri

DATUK Seri Jamil Khir Baharom (kiri) menyampaikan sijil kepada peserta yang hadir di Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2014 di sini hari ini. - Foto Khairunisah Lokman

MELAKA: Anggota polis akan ditempatkan di setiap Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk membantu perjalanan kes mahkamah serta operasi berkaitan dengan undang-undang syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata anggota berkenaan akan mengawasi perjalanan mahkamah syariah, selain mengawal operasi yang dijalankan anggota penguatkuasa agama di setiap negeri.

Pengenalan perjawatan baharu itu yang bertujuan memperkasa institusi kehakiman dan undang-undang syariah, sudah berada pada fasa terakhir untuk dilaksanakan.

"Saya yakin proses itu (penubuhan) akan selesai sedikit masa lagi apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan untuk mewujudkan jawatan berkenaan.

"Mereka akan memfokus kepada isu berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan, terutama kes berkaitan mahkamah syariah serta undang-undang menyekat orang bukan Islam mengembangkan agama mereka kepada orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2014 di sini hari ini.

Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.