KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas pengusaha institut dan sekolah memandu yang gagal mematuhi harga siling ditetapkan bagi orang ramai mengambil lesen memandu.
"Peraturan sudah ditetapkan. Siapa yang langgar juga, fahamlah sendiri apa akibatnya. Apa saja peraturan yang dilanggar pasti ada hukumannya," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad.
Beliau berkata, penetapan harga siling untuk lesen memandu bertujuan melindungi calon ujian memandu daripada dibebani kos melampau seperti yang berlaku selama ini.
Sumber : Berita Harian Online