Akta Baharu mampu pulih imej PDRM

KUALA LUMPUR  â€“ Langkah kerajaan untuk meminda atau menggubal akta baharu bagi mengekang kegiatan judi haram yang semakin berleluasa mampu memulihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kalangan masyara­kat yang masih mempu­nyai keraguan terhadap pasukan kesela­matan tersebut.

Presi­den Per­tubuh­an Pri­bu­mi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan membuang mana-mana pegawai atau anggota yang bersekongkol dengan ahli sindiket judi haram, semalam, membuktikan pasukan keselamatan bersedia untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang tanpa kompromi.

Katanya, Perkasa berharap tindakan tegas itu bukan hanya untuk tempoh tertentu sebaliknya berterusan kerana berdasarkan serbuan dan operasi terhadap premis mesin judi sebelum ini, masih ada yang beroperasi semula selepas beberapa hari disita oleh pihak berkuasa.

“Tindakan tegas itu memang telah lama diharapkan oleh seluruh masyarakat kerana selama ini terdapat persepsi bahawa aktiviti judi haram semakin berleluasa kerana terdapat pegawai dan anggota polis yang turut terlibat seperti memberi perlindungan kepada operator premis.

“Perkasa turut memuji langkah berani akhbar Utusan Malaysia yang sering mendedahkan kegiatan judi haram tanpa jemu dan sikap bertanggungjawab itu wajar dicontohi oleh media lain,” katanya, di sini hari ini.

Beliau mengulas arahan Ketua Polis Negara kepada semua Ketua Polis Negeri supaya memastikan Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah membersihkan kawasan masing-masing daripada aktiviti perjudian haram dalam tempoh seminggu.

Isnin lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, jabatannya akan meminda atau menggubal akta baharu kerana akta sedia ada tidak meliputi peruntukan bagi membanteras jenayah tersebut yang kini banyak dijalankan secara dalam talian.

Sumber : Utusan Malaysia

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.