IPOH: Polis Perak mengesahkan seorang Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh ditahan di Pulau Pinang semalam kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Penahanan pegawai berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu disahkan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang juga bekas Ketua Polis Perak kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pegawai terbabit diberkas bersama seorang rakannya dalam serbuan di sebuah rumah pangsa di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan turut didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.

"Pegawai terbabit adalah Kadet Inspektor yang baharu sahaja melaporkan diri di IPD Ipoh pada Mac lalu, dan ketika serbuan dilakukan polis Pulau Pinang menemui sejumlah dadah jenis syabu bersama pegawai berkenaan serta ujian mendapati kedua-dua yang ditahan itu positif dadah.

"Kes kini disiasat Polis Pulau Pinang mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sumber : Berita Harian Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.