KUALA LUMPUR -- Sebahagian besar rakyat sudah boleh menerima dan memahami usaha kerajaan berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) mulai 1 April tahun depan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata majoriti rakyat sedar CBP perlu bagi mengukuhkan ekonomi dan pembangunan negara. "Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara dan hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat. Pelaksanaan CBP bukan sahaja dibuat oleh kerajaan tetapi juga para peniaga," katanya menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) di Dewan Rakyat, di sini hari ini. Ahmad juga berkata pelaksanaan CBP bermula 1 April itu adalah kena pada masanya memandangkan ekonomi negara yang stabil dan kadar inflasi terkawal pada kadar 3.3 peratus. Menurutnya setakat semalam 76,315 syarikat perniagaan telah berdaftar untuk pelaksanaan CBP. Jumlah keseluruhan syarikat yang dijangka mendaftar ialah sekitar 124,500 syarikat dan ini melepasi sasaran Jabatan Kastam Diraja Malaysia iaitu 123,00 syarikat, katanya. Mengenai persiapan pula, beliau berkata antara langkah yang diambil oleh kastam ialah mengeluarkan Panduan CBP untuk industri, peniaga dan rakyat. Selain itu, kastam juga dalam proses mengambil 677 warga kerja baharu bagi menampung 1,227 tenaga kerja sedia ada untuk pelaksanaan CBP. Ahmad berkata sistem pengkomputeran MyGST yang dibangunkan bagi melicinkan proses pelaksanaan CBP juga sedang diuji. Bermula 1 April tahun depan, CBP yang berkadar enam peratus akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Sumber : Bernama Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.