KUALA LUMPUR -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) tender berkenaan bagi membolehkan rakyat mengetahui kaedah sebenar mengenainya. Menurut Nur Jazlan, tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan sentiasa menjadi isu dalam kalangan rakyat sehingga memberi persepsi negatif kepada kerajaan dan pemiliknya. "Justeru, adalah lebih baik JPJ melalui Kementerian Pengangkutan memberi maklumat berkenaan kepada PAC, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kegusaran pada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Beliau berkata PAC memang bercadang memanggil JPJ selepas mendapat syor Jabatan Audit Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2013. Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata dalam LKAN tersebut ia tidak membabitkan tender pembelian nombor kenderaan, sebaliknya isu lain seperti kelewatan dalam membuka kertas siasatan serta MYSikap. "PAC akan mengambil peluang untuk turut bertanyakan mengenai proses serta prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan," katanya.

Sumber : Bernama Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.