KUALA TERENGGANU -- Langkah kerajaan Singapura menaikkan kadar tol di pusat pemeriksaan Woodlands berkuat kuasa 1 Okt ini sebagai timbal balas kepada langkah Malaysia menaikkan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Baharu. Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura Masagos Zulkifli Masagos Mohamed berkata negaranya memutuskan untuk mengenakan kadar baharu tol kepada kenderaan asing berikutan langkah kerajaan Malaysia menaikkan kadar tol di CIQ berkuat kuasa 1 Ogos lalu. "Polisi Singapura begitulah...kita timbal balas, maknanya kalau ada kenaikan kadar tol di pihak pemerintah Malaysia, kita juga akan naikkan kadar tol. "Kalau ada berlaku penurunan (kadar tol), mungkin juga kita akan menyamakan (turunkan) jugalah," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa. Masagos Zulkifli dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Terengganu mulai hari ini sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala dan ekonomi antara Singapura dan negeri-negeri di Malaysia. Kadar baharu tol yang akan dikenakan republik itu bagi kereta yang keluar daripada negara itu adalah S$3.80 (RM9.60) berbanding S$1.20 (RM3) sebelum ini, manakala bagi kenderaan membawa barangan ringan atau van pula adalah S$5.80 (RM14.60) berbanding S$1.90 (RM4.80). Kenderaan barangan berat S$7.70 (RM19.50) berbanding S$2.60 (RM6.60), teksi S$1.90 (RM4.80) berbanding S$0.60 (RM1.50) dan bas S$3.10 (RM7.85) berbanding S$1 (RM2.50). Bayaran tol yang dikenakan bagi kenderaan yang memasuki negara itu adalah kereta S$2.70 (RM6.80), kenderaan membawa barangan ringan atau van S$4 (RM10), kenderaan barangan berat S$5.30 (RM13.40), teksi S$1.40 (RM3.50) dan bas S$2.20 (RM5.60). Sumber : Bernama Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.