KRT SRS perlu basmi jenayah

JOHOR BAHRU - Komuniti setempat digesa untuk terus memainkan peranan dalam membantu agensi keselamatan menjaga keamanan dan ketenteraman di kawasan kediaman masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R. Vidyananthan berkata, ini kerana tanggungjawab dalam isu keselamatan tidak boleh diletakkan dibahu kerajaan dan agensi keselamatan semata-mata.

''Komuniti setempat mempunyai tanggungjawab dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memerangi jenayah.

''Komitmen dan kerjasama daripada komuniti setempat ini adalah penting kerana menerusi pelbagai program yang diadakan bersama agensi keselamatan, ia dilihat mampu mengurangkan kadar jenayah di kawasan kediaman masing-masing,'' katanya ketika mengadakan lawatan di Pos Polis Komuniti Taman Delima di sini semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Hasnan Hassan; Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh dan Pesuruhjaya Iskandar Malaysia, Datuk Benjamin Hasbie.

Vidyananthan berkata, antara yang boleh dilakukan oleh komuniti setempat dalam membantu agensi keselamatan dalam memerangi jenayah adalah dengan menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Katanya, penubuhan KRT dan SRS itu mampu untuk meningkatkan lagi keselamatan di kawasan kediaman komuniti setempat selain dapat merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

Sumber : Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.