KUALA TERENGGANU -- Polis Terengganu akan menggiatkan usaha memerangi jenayah dengan meningkatkan lagi integriti di kalangan pegawai dan anggotanya. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata integriti ini merupakan elemen utama di dalam pasukan keselamatan terutamanya pihak polis dalam melaksanakan aspek undang-undang. "Jadi saya sentiasa menekankan nilai ini di kalangan mereka dan saya yakin dengan integriti dan komitmen yang lebih, kita pasti dapat meningkatkan prestasi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata pihaknya juga telah berjaya menurunkan indeks jenayah di Terengganu sebanyak 5.15 peratus bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. Dalam pada itu katanya bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini pihaknya berjaya menahan kira-kira 500 orang individu bersabit kesalahan penagihan dadah dan 79 individu ditahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya berbanding 72 orang pada tahun lepas.

Sumber : Bernama Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.