SINGAPURA,  -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan akan melihat cara inovatif untuk menambah kakitangan dan mewujudkan suasana bekerja lebih baik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu. Pada Khamis semasa lawatan sehari ke Johor, beliau turut melawat CIQ itu dan diberi taklimat oleh para pegawai. "Semasa taklimat, mereka memberitahu saya apa yang berlaku, berapa banyak penumpang mereka tangani dan jadi kita perlu menambah jumlah kakitangan. "Saya mahu mencari beberapa inovatif untuk dilaksanakan bagi suasana bekerja yang lebih baik, mungkin menambah kakitangan di CIQ," katanya kepada Bernama selepas bertemu kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Beliau berkata taklimat itu merupakan sesi maklumat sangat penting terutama isu berhubung imigresen, kastam dan lain-lain perkhidmatan. Ali berkata beliau akan susuli dengan beberapa mesyuarat di Kuala Lumpur berhubung CIQ Johor Baharu. Mengenai bahaya yang dihadapi para pegawai, beliau berkata ia adalah biasa bagi mereka yang mengendali stesen di sempadan. "Jadi ini adalah perkara biasa dan kita perlu berbincang untuk melihat kebajikan para pegawai yang bekerja di sempadan dan kawasan lain," katanya. Ali berada di sini bagi menghadiri Seminar Bersama ke-6 dan Sukan Perkhidmatan Awam ke-37 Malaysia-Singapura. Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dam Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob. CIQ tersebut yang menempatkan pemeriksaan kastam untuk kereta, trak, teksi, bas dan stesen keretapi JB Sentral dihubungkan kepada tambak Johor-Singapura yang menampung antara 80,000 hingga 100,000 kenderaan sehari. Ia mengalami kesesakan teruk menjelang cuti umum.

Sumber : Bernama Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.