KUALA LUMPUR: Operasi kutipan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan di sini menafikan berlaku kejadian mogok oleh pemandu bas di kompleks itu pagi tadi.

"Apa yang berlaku hanyalah kekecohan kecil disebabkan oleh keengganan dua orang pemandu bas untuk membayar tol yang dikenakan di KIK," katanya.

 
Menurut kenyataan itu, kerajaan memandang serius kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang ke atas pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.

Beberapa agensi media hari ini melaporkan berlaku kejadian mogok oleh pemandu bas kilang dari Malaysia yang enggan memasuki Singapura sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di Tambak Johor selama beberapa jam awal pagi ini. Ia didakwa berpunca daripada kadar tol baharu bagi kenderaan yang keluar dan masuk ke Malaysia, selain kenaikan bayaran Permit Masuk Kenderaan ke Singapura yang kedua-duanya berkuat kuasa hari ini. Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pegawai daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan berada di lokasi berkenaan bagi memantau keadaan dan memastikan kesesakan trafik dapat dikurangkan.

Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.