KUALA LUMPUR - Seramai 10,159 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan oleh Jabatan Imigresen di seluruh negara sejak Januari sehingga Mei lalu.

Menurut statistik Jabatan Imigresen, daripada jumlah tersebut, warga Indonesia merupakan bilangan tertinggi ditahan iaitu seramai 3,674 orang. Mereka terdiri daripada 2,207 lelaki manakala 1,359 wanita.

Bilangan kedua tertinggi yang dicatatkan ialah warga Myanmar iaitu seramai 1,531 orang diikuti Bangladesh (1,413), Filipina (489), Nepal (521), Thailand (527), India (375), Pakistan (373), Vietnam (316), China (223), Sri Langka (158), Nigeria (81) dan lain-lain (331).

Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan selain masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta tamat tempoh.

Dalam pada itu, statistik itu turut mencatatkan seramai 147 warga tempatan ditahan mengikut Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1956/63 kerana memberi perlindungan kepada warga asing dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan pendatang tanpa izin memasuki atau tinggal dalam premis yang diselia dan diurus mereka.

Sementara itu, pada 2013 pula, warga Indonesia turut mencatatkan bilangan tangkapan tertinggi oleh Imigresen iaitu seramai 17,969 daripada 46,349 PATI.

Ini diikuti warga Myanmar iaitu seramai 7415, Bangladesh (3,606), Filipina (3,601), Nepal (3,158), Thailand (1,810), India (1,568), Pakistan (1,447), Vietnam (1571), China (1,169), Sri Langka (144), Nigeria (374) dan lain-lain (1,066).

Daripada jumlah keseluruhan tangkapan pada tahun lalu itu, seramai 32,565 lelaki dan 13,784 wanita telah ditahan.

Sumber :Utusan Malaysia

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.