Zubaidah pengarah pertama JIPS

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia mengumumkan pelantikan Datuk Zubaidah Md Ismail (gambar) sebagai pengarah pertama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang baru ditubuhkan bagi memantapkan peranan Bahagian Tatatertib pasukan itu. Zubaidah yang akan memangku pangkat Senior Deputi Komisioner sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Pengangkutan, Teknologi Maklumat, Komunikasi, Bangunan) Jabatan Logistik, Bukit Aman.

Tugas baharu beliau akan dibantu bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Ghafar Rajab yang akan memangku pangkat Deputi Komisioner. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pembentukan jabatan baharu dijangka memantapkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia. Sebelum ini usaha pemantauan integriti dijalankan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.