Alor Setar : Pasukan Polis Marin (PPM) Kedah/Perlis menumpaskan aktiviti penyeludupan diesel dan petrol subsidi disyaki paling aktif di utara Semenanjung yang berpangkalan di Mergong, di sini, membabitkan rampasan bernilai lebih RM500,000.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang semalam, sebanyak 42,800 liter diesel dan petrol bernilai RM87,780 dirampas selain kelengkapan dan kenderaan termasuk dua lori yang disyaki digunakan untuk tujuan penyeludupan.  Pegawai Pemerintah PPM Kedah/Perlis Asisten Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata pihaknya turut menahan tiga lelaki membabitkan dua pemandu lori tangki dan seorang operator stor.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, anggota sindiket terbabit sedang mengepam minyak ke dalam sebuah lagi lori tangki berasingan.

"Bahan bakar itu dipercayai akan diseludup ke negara Thailand. Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Sumber : Harian Metro

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.