KUALA LUMPUR 29 Jun - Usaha membanteras gejala mesin slot atau mesin judi haram adalah mustahil untuk diselesaikan tanpa melibatkan kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perkara tersebut sukar dibanteras kerana sindiket mesin judi haÂram mempunyai kekuatan serta rangkaian yang besar. Malah katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mampu membanteras gejala tersebut secara sepenuhnya tanpa melibatkan kerjasama daripada semua pihak. “ Hari ini kita rampas, esok mereka buka semula (premis judi haram). Jadi, gejala ini agak mustahil untuk diselesaikan secara sepenuhnya jika kerajaan tidak melibatkan semua agensi kerajaan dan kementerian yang lain. “ Malah, saya juga mendapat maklumat terdapat segelintir pegawai polis tidak mampu melawan gejala ini kerana cabaran yang terlalu kuat serta sindiket tersebut dilindungi oleh kumpulan-kumpulan terÂtentu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sumber : Utusan
Penglibatan semua pihak banteras gejala mesin slot
- Butiran
- 568