Shah Alam: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor merampas 10 unit kompute r riba serta 22 salinan perisian cetak rompak bernilai RM51,200 dalam serbuan di Puchong dan Shah Alam, Isnin lalu. Ketua Penguatkuasanya, Othman Nawang, berkata dalam serbuan pertama pada jam 2 petang itu, lima unit komputer riba jenama Lenovo dan 12 sal inan perisian cetak rompak dirampas dari sebuah kedai komputer di Puchong Jaya. Serbuan kedua “Dalam serbuan kedua, kami merampas lima komputer riba jenama yang sama serta 10 perisian cetak rompak dari sebuah pasar raya di sini,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, antara perisian disyaki cetak rompak yang dirampas ialah Adobe Photoshop, Autodesk Maya dan Microsoft Office Enterprise. “Siasatan menunjukkan kedua - dua premis menjual komputer kosong (tanpa perisian) dengan harga murah untuk menarik per hatian pelanggan supaya membeli komputer yang dijual,” katanya. Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.