BUTTERWORTH, 31 Mei (Bernama ) -- Jabatan Imigresen menahan seorang keldai dadah warga Thailand yang cuba menyeludup dadah dipercayai ganja dalam operasi bersepadu di sini Jumaat. Jurucakap Imigresen berkata suspek wanita berumur 47 tahun itu ditahan kira - kira 5.30 petang ketika berada di dalam bas ekspres yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Changlun, Kedah. Katanya suspek itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan man akala bagasi yang dibawanya juga mencurigakan. "Pemeriksaan pegawai imigresen mendapati kedua - dua bagasi milik suspek telah dikunci dan dipenuhi ketulan mampat dadah dipercayai ganja yang dibalut dengan beg plastik hitam," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di Tol Sungai Dua di sini. Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan dipercayai kini dalam tahanan reman. Difahamkan polis akan membuat sidang akhbar berkenaan kes tersebut dalam masa terdekat. Sementara itu dalam operasi berkenaan yang diadakan dari 4 petang hingga 1 pagi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang memeriksa 3,000 kenderaan dan daripada jumlah itu, 307 kenderaan didapati melakukan pelbagai kesalahan. Antara kesalahan itu termasuk nombor plat tidak mengikut spesifikasi, lesen pejalanan tamat tempoh dan cermin gelap. Pengarah JPJ negeri Datuk Hassan Yaacob berkata operasi itu melibatkan 14 agensi penguatkuasa termasuk 187 anggota JPJ dibantu sembilan pegawai trafik Polis Diraja Malaysia, 17 Agen si Anti Dadah Kebangsaan, tiga polis bahagian narkotik, 22 anggota PLUS Malaysia, 12 anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan 14 daripada Puspakom. Katanya operasi itu bertujuan sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi undang - undang. Sumber : BERNAMA
Imigresen Tahan Wanita Thailand Dipercayai Keldai Dadah
- Butiran
- 649